mood

salam...

tah laa nak cerita ker tak mo cerita.. ok laa cerita skit laa... jumaat lepas.. ada perasaan tak seronok tau.. sbb apa tak tau laa.. mula laa nak buat sesuatu... bukak peti ais.. tgk apa yg ada.. butter ada tepong ada.. haa apple pun ada.. boleh laaa so aku pun cari laa resepi dlm internet.. kemudahan yg ada mesti kita pakai kan kan kan

sepatutnya resepi camni tapi... seperti biasa di olah oleh saya

Bahan-bahan ( 10 orang ke atas )

  • 6 biji epal hijau, dikupas kulit, potong 12 setiap 1 biji epal tak der apple hijau letak apple merah 3 jerr
  • 200 g gula pasir
  • 50 g kismis kismis ada laaa
  • 20 g tepung jagung, bancuh dgn sedikit air ni pun main letak skit skit je
  • saya tambah kayu manis skit

  • UNTUK DOH PIE :-
  • 500 g tepung halus (tepung gandum pun boleh......)saya guna tepung gandum
  • 200 g mentega
  • 2 biji telur Gred A, dikacau sedikit
  • 250 g gula halus ni saya kurang kan.. rasa cam byk jerr

Cara-cara

  1. Dalam periuk masak gula pasir hingga cair dan keperangan. Masukkan epal dan kismis. Gaul rata. Masukkan bancuhan tepung jagung dan masak hingga pekat. Sejukkan.
  2. Untuk doh pula, ayak tepung dan gaulkan dengan gula halus hingga rata. Masukkan mentega dan gaul hingga menjadi seakan2 serbuk roti. Tuang telur yg telah dikacau tadi sedikit demi sedikit sambil digaul hingga terhasil doh yg tidak melekat (ni penting) dimangkuk adunan. Jangan bimbang jika telur tidah habis digunakan. Bungkus dgn plastik dan sejukkan 30 minit. haa mmg pun teluq tu tak abis pun....
  3. Selepas 30 minit keluarkan doh dan biarkan sebentar. Kemudian canai doh diantara 2 plastik hingga menjadi kurang lebih 1/2 cm tebal. Doh mesti dicanai lebih besar dari mangkuk pie.
  4. Perlahan-lahan tanggalkan plastik bahagian atas dan dgn cermat terbalikkan doh ke dalam mangkuk pie. Ratakan perlahan2 hingga menutupi kesemua bahagian dalam mangkuk itu. Potong lebihan doh. Tuangkan inti yang telah sejuk.
  5. Tutup permukaan pie dgn lebihan doh, buat cara sama seperti cara no.4. Sapu dgn kuning telur dan larikkan dgn garfu secara bersilang utk menghasilkan corak. Bakar dalam oven yg telah dipanaskan pada suhu 175C selama 30 minit. kuning telur saya tak letak pun... terlupa
  6. Sejukkan pie sebelum dipotong. Selok2nya gunakan tin khas untuk membuat pie atau quiche yg dasarnya boleh ditanggal keluar. Saya pakai biasa nyer tin...
yang paling saya teruja.. bila nak buat doh... best sgt... smpai hannah menangis nak tido saya suruh tahan ghee~~~

oklaa selamat mencuba.. oh yer... resepi dari myresipi: mat gebu nyer!!

with love
liza ramli


No comments:

Post a Comment