PREMIUM BEUTIFUL

SALAM...

Hari ni saje pulak nak cerita pasal Premium beutiful!... sungguh hebat... ada blogger tersohor yg telah memakainya.. wah melentik sungguh badan nyer...

tidak di nafikan sesiapa yang memakainya.. akan melihat perubahan badan tersebut... badan anda jadi cantik dan menarik... tidak di nafikan...


Beutiful bukan pakaian dalam biasa...ianya:

*memberi kesan serta merta dengan selamat tanmapa memerlukan pemgambilan ubat, melakukan pembedahan atau senaman

*diperbuat daripada fabrik AKWATEK dan AKWADYNE yang sebati dengan air. Kadar penyerapan peluh dan peredaran udara adalah baik, selsa dan tidak terikat semasa memakainya.

*direka secara saintifik untuk mendakap. mengurut dan membentuk badan anda ke potongan badan yang anda idamkan

*halus dan selesa pada kulit anda

*fabrik nyaman dan alih udara

*Ditenun dan di sulam dengan FAR INFRARED RAY

*Ia dikiktiraf oleh Persatuan Pakar Tulang Belakang Amerika Syarikat, Kanada dan Qubec.




PAKAIAN DALAM PEMBENTUKAN BADAN

PAKAIAN DALAM PEMBENTUKAN BADAN PREMIUM BEAUTIFUL membentuk kontur keseluruhan badan yang menarik, bentuk badan yang sihat dan seimbang. Memberikan kesan secara serta merta dengan selamat tanpa memerlukan pengambilan ubat, melakukan pembedahan dan senaman.
Kelebihan kualiti kain Premium Beautiful :

* Rekabentuk stereoskopik sinar infra merah jauh yang berdasarkan potongan rangka badan manusia. Ia berfungsi mendorong peredaran darah dan proses metabolisme.

* Kuasa serapan yang baik, sesuai untuk dipakai seharian, pakaian dalam yang boleh dicuci dan tahan lama.

* Kuasa regangan dalam semua hala. Dapat diregang secara 360 darjah mengikut pergerakan badan tanpa mengubahkan rekabentuk asalnya.

* Sinar infra merah jauh yang dapat menambahkan kekenyalan dan ketegangan buah dada dan menggiatkan tumbesaran buah dada.


COLI PANJANG
Fungsi:

1. Cawan coli dengan 3 keping jahitan stereoskopik dapat menolak atas, menyokong dan menetapkan kedudukan buah dada.

2. Rawan keluli memori berfungsi untuk menetap dan menyokong buah dada.

3. Rekaan kuasa tekanan dan regangan berganda pada bahagian depan coli dapat menyelaras perut yang buncit lalu meninggikan kedudukan kontur buah dada.

4. 2 batang keluli berupaya untuk menyelaras dan membentuk kontur badan.

5. Rekaan kuasa tekanan dan regangan berganda pada bahagian belakang coli dapat menutupi bahagian belakang badan, dapat menyelaraskan lebihan lemak pada bahagian belakang , turut mengatasi masalah berbadan besar.

6. Rekaan bentuk ' U ' pada bahagian belakang coli bukan sahaja dapat menguruskan badan, malahan menambah kontur bahagian belakang.

7. Perhiasan berlian berbentuk rama - rama menonjolkan keunggulan produk.

8. Rekaan 3 pasang cangkuk membolehkan anda membuat penyelarasan yang sesuai.


SELUAR DALAM PANJANG

Fungsi:

1.32 kepingan jahitan stereoskopik, berdasarkan teori mampatan berserpihan, mengagihkan lebihan lemak ke arah bahagian badan yang bersesuaian.

2.Rekaan dan jahitan unggul cawan pinggul dapat membetulkan pinggul yang lentur, membentuk kontur pinggul yang mempesona dan meninggikan pinggul.

3.Mengasingkan kontur peha dan pinggul, mengagihkan lebihan lemak pada peha ke dalam cawan pinggul dan membentuk kontur pinggul yang sempurna.

4.Dilengkapi dengan kain jenis kapas yang selesa pada bahagian dalam pinggang seluar dapat memperbaiki dan membentuk kontur pinggang yang mempesona.

5.Perhiasan berlian berbentuk rama ¨C rama menonjolkan keunggulan produk.

6.Mampatan yang tetap ke atas abdomen dapat mengurangkan lebihan lemak lalu memperbaiki masalah perut yang buncit.

7.Rekaan mampatan 2 lapisan berfungsi menyelaraskan lemak pada sekitar peha, membentuk kontur peha yang menarik.

8.Penggunaan 2 lapisan kain kapas berlubang kecil berfungsi untuk memberi keselesaan.

9.Penggunaan renda yang fleksible, mengelakkan perasaan tidak menyenangkan akibat pergeseran dengan benang seluar.




BENGKUNG PINGGANG
Fungsi:

1.Tujuh batang keluli memori dapat menyokong pinggang dan menegakkan tulang vertebra, turut berupaya memperbaiki postur berdiri dan duduk.

2.Rekaan unik berdasarkan potongan rangka badan manusia, memperkuat pengagihan lemak pada bahagian pinggang ke bahagian dada dan punggung secara serata, turut mencapai kesan pembentukan badan yang seimbang.

3.Tali kenyal yang diimport dari Jepun, membantu menyelaraskan kontur pinggang.

4.Rekaan secara fleksibel, menghasilkan kesan pembentukan berdasarkan kesesuaian badan individu.

5.Rekaan 3 pasang cangkuk membolehkan anda membuat penyelarasan yang sesuai.

6.Perhiasan berlian berbentuk rama ¨C rama menonjolkan keunggulan produk.



kepada mereka yang ingin membeli melalui saya jangan sengan nak hubungi saya.. email kepada saya...

lizaramli@ymail.com atau
elliysaa@yahoo.com

kita guna untuk diri kita dahulu then kita leh promot kat org.. tak rugi... kalu jadi ahli.. rebate akan dipulangkan kepada anda... jgn segan malu nak email saya..



with love
liza ramli

selamat hari jadi HADI!

salam

alhamdulillah.....hari ini hari jadi anak saya yang sulung, bernama MUHAMMAD AKIL HADI BIN MOHD IRTIZA KATZMAN... 4 TAHUN SUDAHH!

sengaja kat sini nak menceritakan bagaimana saya melahirkan M.A.H saya.. Ingt lagi masa tu hari raya.. ya raya ketiga.. kira 3 syawal lah... pagi aku bangun mandi solat... terus kejutkan suami.... sbb kena sampai spital dlm kul 9 pagi.. nak induce.....

sebelum nak masuk ni... tarikh jangka nak lahir pada 16.10. tapi dah masuk wad semua doktor dah check semua.... doktor kata.. ok raya ketiga leh dtg... wah bukan main suka aku erk... hari raya kedua rupanya dah turun tanda.... lendir pekat sebesar tpak tangan telah keluar.. aku tak ambik port laa... ghee~~

ok.. aku dah check in dlm spital.. second class... oh spital kerajaan jer yer.. sblm sampai ke spital ni.. aku naik motor.. sbb tak rasa sakit atau apa-apa yg menganggu aku.. mcm nak masuk asrama ko... dah dapat uniform warna pink yg lawa itu... aku pun di masukkan ubat pada jam 9pagi.. ahak!! memula kena baring sejam... sempat laa aku tido.... dah terjaga.. tgh ari sudah... start jer kul satu aku da sakit semacam... tapi disebabkan biras aku mai...mertua aku dtg... lagi lagi nmpk muka suami aku...yg bawak nasi lauk ayam.. ingat tu! kawan kawan suami aku dtg.. aku cuma mampu senyum dlm tangisan.. ahak.. induce tu... tak dapat nak bayangkan...

kesakitan aku mula terasa bila... dah jam kul 4 ptg... hmm aku tahan jer.. nurse dtg kat saya.. dia kata sakit yer.. aku jawab laa yerr... di check... dah buka 4cm... terus hantar kat labour room...

kat sini laa pertarungan nyawa bermula.... yg paling sakit lps maghrib... suami ku telah berkata kata... ni kul 10 baru lahir ni...

nurse terlatih tu kata.. gosok pinggang... so aku pun gosok laa... tetiba doktor dtg.. nak tgk nadi anak cam ilang tak ilang.. masukkan wayer apa pulak tah... aku redha jer laa dengan wayer berserabut kat perut ni.. ghee~~

tah apa yg aku ingat.... disuruh teran .. sampaikan lebih kurang 8 doktor pelatih tgk aku bertarung... dlm nak teran tu gak laa... aku menjerit nama ibu 2 kali... dan nasib baik laa masa nak teran tu suami aku ada... dia tolong tolak... ahak... aku mmg tak terdaya dah!

maka dan saat itu lahir laa putera sulung ku... tepat jam 10.07 mlm.. pada 26.10.2006 khamis malam jumaat... sakit yg ku rasa sebentar tadi hilang serta merta...

lani... sudah berumur 4 tahun.. sudah pandai bekata kata.. dan lain lain lagi....


hadi dan hannah 2 buah hati ibu dan ayah

so... dlm hati ibu dan ayah ni nak gembira kan anak2 jadi nyer.. semalam p laa kedai belilaa barang barang nak kasi kat kawan kawan dia.... di sekolah

ni laa diantara barang yg mereka dapat.. skit kan.. takper as long my son happy

tgh di packing

cara menyediaan nya

separuh yg telah siap di packing!

pesan ibu utk hadi... jadi anak yg baik.. kena baik sayang.. kena hormat org sayang... jgn tinggi suara kat orang sayang.... sentiasa tolong ibu dan org yg memerlukan pertolongan..... love u muhammad akil hadi...

with love
liza ramli

p/s... ibu sentiasa sayang kamu semua!!

The Uninvited Movie Trailer

salam

bertemu kembali pada hari isnin... cerita tak ceria sabtu ahad mmg class!! i like wakakakak

so nak cerita laa kat sini.... dok umah selalu layan HBO kalu ada cerita menarikan... mmg best aaa ari tu hadi ngan aku layan cerita ni.. kelakor kalu tgk ngan anak.. ghee~~ "ibu hantu ibu" terus nyorok blakang aku..

so aku cari laa kat astro ... cerita dia bila lagi nak ulang tayang kan... so tgk tgk laa...

kalu nk tgk enjoy enjoykan diri... best.. kena fokus kalu tgk!!


with love
liza ramli

Bio Zone

Salam….

Anda pernah rasa tak? Masuk kereta bau hapak.. lepas tu tertinggal plak barang makanan.. haa situ laa kulat bermula… macam macam jenis bauan lagi.. lagi lagi anak baru balik sekolah.. tak lalu laa kekadang….. pewangi tu kekadang sakit kan kepala.. dah abis malas nak beli.. kekadang masuk kereta pun rasa serabut.. uh semua cam tak betui…. Korang penah rasa kan cam tu… saya pernah rasa.. tapi sekarang tidak lagi dengan adanya BIOzone….

So kat sini saya nak perkenalkan satu produk untuk kereta anda… selamat dan mudah sahaja….


ADAKAH ANDA SEDAR AKAN PENCEMARAN UDARA DLM KERETA

Kita menghabiskan lebih masa dlmkenderasaan jika di bandingkan dengan masa dulu, Namu Adalahkan persekitaran kita selamat? Mengikut laporan In Car Air Pollution daripada International Center for Technology Assessment (CTA), Tahap Pencemaran udara dlam kereta mungkin jauh lebih serius daripada udara di luar.

Bahan-bahan Pencemaran berbahaya dalam kereta termasuk organic meluap (volatile organic compounds, VOC) yang terdii daripada benzene, toluene,xylena,formaldehid
dan sebagainya. VOC juga hadir dalam kereta barukerana penggunaan gam, cat, vinil dan plastic dalam kereta (sumber: Hidden Poisons in New Cars, Utusan Konsumer Nov-Dis 2005)

APA YANG BOLEH ANDA LAKUKAN? PENYELESAIAN MASALAH ANDA

Kebanyakan daripada kita menggunakan penyefar udara untuk memebaiki kualaiti udara dalam kenderaan tanpa mengetahui kesan-kesan sampingan. Teknologi penyegaran udara pasif biasanya memerangkap debu dan partikel-partikel. Sementara itu, unit penyegar udara aktif iaitu BIOzone Car Sterilizer menyingkir agen pencemaran biological dankima yang hadir dalam kenderaan. Unit ini menggunakan tekmologi “cold plasma” menggabungkan penghasilan ion dan ozon. Ia menukar oksigen (O2) kepada ozon O3) yang kembali menjadi oksigen setelah menyinkirkan bahan-bahan pencemaran

BAGAIMANA BIOZONE CAR STERILIZER MENGHASIKAN UDARA BERKUALITI DI DALAM KERETA
• Menyingkir VOC. Bau Tembakau. Bau Haiwan Peliharaan Dan Bau Automobil
• Membasmi Bahan-Bahan Pencemaran Biologikal (Bakteria)
• Menyegarkan Udara Dalam Kereta

KELEBIHAN BIOZONE CAR STERILIZER
• Selamat (penghasilan ozon tidak melebihi 0.03pppm)
• Ringan
• Mudah di gunakan
• Menggunakan teknologi cold plasma jepun yang
o menghasilkan ozon pada tahap yang tepat
o tidak menghasilkan bahan-bahan sampingan (nitrogen oksida)
• Tanpa penyelenggaraan
• Mesra alam
o US FDA menetapkan tahap maksimum ozon yang di benarkan pada 0.05ppm


‘COLD PLASMA” BIOZONE
Menghasilkan ozon aktif untuk menyingkirkan bahan bahan pencemaran seperti VOC yang berbahaya, bacteria dan bau
• Selamat
• Mesra alam
• Menyegarkan udara
• Tanpa Penyelenggaraan

bertahan selama 3,000 jam


RM175.00 + RM5.00(KOS PENGHANTARAN)

ghee~~ surat menyurat antara suami isteri

salam

hehehe benda ni dah tersebar dlm FB.. saje nak kongsi kat sini.. ghee~~ baca tau sampai abis... best!!!

dear abang,

ayang nak mintak kebenaran abang untuk bawa anak-anak balik ke kampung. abang tak perlu hantar ayang sebab ayang mampu untuk bawa anak-anak ke kampung musim cuti sekolah ni dengan bas.. abang jaga lah diri abang dan kereta abang baik-baik... cuma ada perkara yang ingin
ayang luahkan disini...kereta baru abang tu mahal.. harga mencecah 100k barangkali..
sebab tu abang sayangkan kereta abang lebih dari ayang.. sampaikan abang dah terlena dalam kereta abang tu sejak abang beli 3 bulan yang lalu dah masuk 3 malam... abang sayangkan kereta abang lebih dari ayang, nak tau ngape?

harga kereta abang tu lebih mahal dari wang hantaran yang ayah ayang letakan masa kita kahwin dulu.. cuba hantaran ayang lebih mahal dari harga kereta abang?

tiap-tiap pagi abang mesti gosok kereta abang, nak nampak berkilat..tapi ayang nak dapat kiss g.morning pun susah sejak beli kereta tu, sebulan sekali macam-macam aksesori abang beli
kat kereta, ayang nak dapat hadiah besday setahun sekali pun susah..

kereta sebulan sekali abang servis, abang kata kena jaga maintainance..ayang nak dapat pi salon setahun sekali pun susah..

kereta abang make up lawa-lawa.. tapi kalau ayang make up lawa-lawa abang kata ayang tak sedar diri

kereta abang bagi makan minyak mahal-mahal cecah 100 setin pun ada, ayang nak makan pizza sekeping jer masa mengidam anak kedua kita abang kata ayang mengada-ngada

kereta abang kalau anak-anak sentuh sikit bodynya abang marah anak macam nak makan, ayang jatuh longkang besar boleh abang gelak

paling menyedihkan.. ayang tanya ngape tidur dalam kereta? abang jawab takut orang curi kereta abang.. kalau ayang kena curi??
ayang nak balik kampung dulu.. anak-anak nak jumpa atuk dengan nenek depa.. tak nak naik kereta abang takut calar.. ayang calar takpe..jaga diri elok-elok, sarapan ayang dah sediakan. ayang pi tak lama sekolah bukak ayang balik lah dengan anak-anak.. pesanan ayang..

ABANG SURUHLAH KERETA ABANG TU MASAKKAN MAKAN KESUKAAN ABANG
ABANG SURUHLAH KERETA ABANG TU BASUHKAN PAKAIAN ABANG
ABANG SURUHLAH KERETA ABANG TU GOSOKAN KEMEJA ABANG
ABANG SURUHLAH KERETA ABANG TU SIAPKAN AIR MANDI ABANG
ABANG SURUHLAH KERETA ABANG TU KEMASKAN RUMAH ABANG
ABANG SURUHLAH KERETA ABANG TU URUT-URUT BADAN ABANG
ABANG SURUHLAH KERETA ABANG TU TEMANKAN ABANG TIDUR

love,
ayang


surat dari suami dia pulak!!



Dear Ayang,

bukanlah abang sayang keta tu lebih dr ayang.. tapi ayang kene faham keta tu keta bos abang nnti kalau ilang siapa nak ganti..

ayang abang suruh keja ayang xnak, ayang kata nak dok umah jaga anak,nak siap kan sarapan nak kemas umah tapi ayang tiap2 hari bgn tido kul 12.. macam mana nak wat keja umah..

cuba lah ayang pk mana x abang tido dalam keta.. abang balik keja lambat skit ayang dah kunci pintu..bukan nye abang gi foya2 kan abang gi keja...

lagi satu pasal piza yang ayang ngidam tu.. ayang nak piza yg di oder dr jepun.. mana lah abang ada duit nak oder.. abang nak bg apam balik yg jual kat depan ofis abang ni ayang xnak, ayang nak jugak piza dr jepun.. nasib baik abang x belikan kalau x anak kedua kita tu mesti muka cam
doremon..ish xnak laa abang..

pasal hadiah kan abang dah belikan tapi abang sembunyi kan kat dapur.. ayang yang tersalah buang ingatkan sampah.. tu lah abang suruh kemas umah tu ayang kata umah kita dah bersih tapi hadiah
dgn sampah pun dah jadi serupa jek..hadiah tu mahal tau abang beli untuk ayang..

sebenarnye abang sayang ayang lebih dr keta tu wlau pun hantaran masa kita kawin cuma rm80k..ayang x tau bpe kali abang turun naik bank nak wat loan rm80k..tapi demi ayang abang wat jugak..sbb masa tu ayang kalau mekup mmg sebijik maya karin.. tapi sejak ayang wat rebonding 3 tahun lepas stp kali ayang mekup abang terbayang lak muka pontianak dlm citer phsm..

bukan ayang x cantik tapi kening ayang tu gi cukur wat per.. wlau pun abang selalu cukur janggut abang tapi ayang xyah laa nak cukur kening ayang tu...

pasal morning kis tu, ayang bgn pun dah tghri nak morning kis cam mana.. dah laa ayang.. abang malas nak citer..

tapi abang nak bg tau jgk kat sini ayang tetap no 1 dlm hati abang.. nanti kalau naik bas tu bebaik.. ayang nak balik kpg abang izinkan cuma jgn lupa kim salam kat mak ayah kat sana.. kalau ada gulai tempoyak ke nnti jgn lupa bwk balik skit..

kalau ada lembu terlepas ke ayang xyah laa susah2 gi kejar lembu tu... biar jek.. nnti abang balik kpg abang kejar kan..bukan apa takut lembu tu tanduk ayang nnti bukan stakat calar jek silap2 leh masuk hspital.. abang kene tanduk xpe.. jaga anak2 baik2 jgn bagi diorang main kat sungai musim2 banjir ni.. nak dpt anak bukan senang takut nnti ayang ngidam lagi piza jepun lak lagi haru.. baik jaga jek yg dah ada tu..ayang pun

jaga diri baik2.. jgn sampai jatuh longkang lagi.. hehe.. abang mmg xnak ketawa masa tu tapi nak wat cam mana ayang jatuh kepala dulu yang masuk longkang..dah laa rambut ayang masa tu baru lepas rebonding.. mmg abang kesian tapi muka ayang lepas jatuh longkang tu xleh abang nak bayang kan cam mana....tgk laa sendiri gambar tu....

ok lah ayang.. nnti lepas cuti skolah kita jumpa lagi eah.. bye ayang

love,
abang

mood

salam...

tah laa nak cerita ker tak mo cerita.. ok laa cerita skit laa... jumaat lepas.. ada perasaan tak seronok tau.. sbb apa tak tau laa.. mula laa nak buat sesuatu... bukak peti ais.. tgk apa yg ada.. butter ada tepong ada.. haa apple pun ada.. boleh laaa so aku pun cari laa resepi dlm internet.. kemudahan yg ada mesti kita pakai kan kan kan

sepatutnya resepi camni tapi... seperti biasa di olah oleh saya

Bahan-bahan ( 10 orang ke atas )

  • 6 biji epal hijau, dikupas kulit, potong 12 setiap 1 biji epal tak der apple hijau letak apple merah 3 jerr
  • 200 g gula pasir
  • 50 g kismis kismis ada laaa
  • 20 g tepung jagung, bancuh dgn sedikit air ni pun main letak skit skit je
  • saya tambah kayu manis skit

  • UNTUK DOH PIE :-
  • 500 g tepung halus (tepung gandum pun boleh......)saya guna tepung gandum
  • 200 g mentega
  • 2 biji telur Gred A, dikacau sedikit
  • 250 g gula halus ni saya kurang kan.. rasa cam byk jerr

Cara-cara

  1. Dalam periuk masak gula pasir hingga cair dan keperangan. Masukkan epal dan kismis. Gaul rata. Masukkan bancuhan tepung jagung dan masak hingga pekat. Sejukkan.
  2. Untuk doh pula, ayak tepung dan gaulkan dengan gula halus hingga rata. Masukkan mentega dan gaul hingga menjadi seakan2 serbuk roti. Tuang telur yg telah dikacau tadi sedikit demi sedikit sambil digaul hingga terhasil doh yg tidak melekat (ni penting) dimangkuk adunan. Jangan bimbang jika telur tidah habis digunakan. Bungkus dgn plastik dan sejukkan 30 minit. haa mmg pun teluq tu tak abis pun....
  3. Selepas 30 minit keluarkan doh dan biarkan sebentar. Kemudian canai doh diantara 2 plastik hingga menjadi kurang lebih 1/2 cm tebal. Doh mesti dicanai lebih besar dari mangkuk pie.
  4. Perlahan-lahan tanggalkan plastik bahagian atas dan dgn cermat terbalikkan doh ke dalam mangkuk pie. Ratakan perlahan2 hingga menutupi kesemua bahagian dalam mangkuk itu. Potong lebihan doh. Tuangkan inti yang telah sejuk.
  5. Tutup permukaan pie dgn lebihan doh, buat cara sama seperti cara no.4. Sapu dgn kuning telur dan larikkan dgn garfu secara bersilang utk menghasilkan corak. Bakar dalam oven yg telah dipanaskan pada suhu 175C selama 30 minit. kuning telur saya tak letak pun... terlupa
  6. Sejukkan pie sebelum dipotong. Selok2nya gunakan tin khas untuk membuat pie atau quiche yg dasarnya boleh ditanggal keluar. Saya pakai biasa nyer tin...
yang paling saya teruja.. bila nak buat doh... best sgt... smpai hannah menangis nak tido saya suruh tahan ghee~~~

oklaa selamat mencuba.. oh yer... resepi dari myresipi: mat gebu nyer!!

with love
liza ramli


The Proposal Movie Trailer {HD}

salam ...

dah lama tidak ketemu yer.. byk betui kerja nak kena buat.. kalu boleh sebelum bulan 12 ni nak sattle abis laa... so utk tahun depan.. bukak buku baru.. so Fb pun kena slow kan skit..

malam tadi dok bertiga ngan anak skali ada cerita ni kat astro..... syok jugak erk.. bukan apa sandra bullock ada beb lawa bukan main saya tgk dia.... yg paling suka tang idung dia.. menawan kalbu.. laki tu pun encom gak... ghee..

so layan laa.. tgk jer trailer dia erk.. kalu senang p laa bukak astro kul berapa cerita ni akan diudarakan...

with love
liza ramli

BIO EVER

Bio-Ever
Nano Cream -Centella Asiatiza Extract

HARGA: RM220.00 Contents: 50g

Rumusan Aktif Bi0-Ever

Pegaga (Centella Asiatica)

~ kaya dengan vitamin A dan C

~Menggalakkan penyembuhan Luka

~Merangsang Sintesis Kolagen




Wild Yam (Dioscorea Villosa)


~ Kompenan aktif diosgenin boleh ditukar kepada phytohormon yang mirip dengan aktiviti hormon progesteron

~ mengawal metabolisme

~Antioksida dan meregangkan otot

Kacang Soya (Glycine Soja)

~ Kompenan aktif isoflavon boleh ditukar kepada phytohormon yang mirip dengan aktiviti hormon estrogen

~Membantu masalah endokrin

~ Membantu sintesis kolagen, memutih dam melembapkan kulit.



Bio Ever

Bio Ever menggunakan sistem bio teknologi(liposom) untuk menghantar kebaikan rumusan aktif bersaiz nano iaitu pegaga(centell aciatila), wild yam (dioscorea villose) dan kacang soya (glycine soja) secara terus ke dalam saluran darah melalui penggunaan luaran pada kulit.

Saiz liposom yang kecil boleh menghantar dan membebaskan rumusan aktif secara tepat ke bahagian badan yang mana ia diperlukan. Pegaga menggalakkan penyembuhan luka dan sistesis kologen. Wild yam dan kacang soya mengandungi komponan aktif yang boleh ditukar kepada phytohormon yang mirip dengan aktiviti hormon badan.



1)untuk leher yang lebih licin dan tegap, sapu menghala ke atas

2) Untuk kuntur dada yang lebih tegap dan menarik sapu krim menhala ke atas dan ke dalam

3) Untuk lengan yang tegap dan kurus, sapu krim dalam gerakan berpusing yang menghala keatas



4)Untuk Paha yang tegap dan kurus, sapu krim dalam gerakan berpusing yang mengala keatas

5) Sapu krim dalam arah mengikut pusingan jam di sekeliling abdomen untuk mengawalatur metablisme dan melegakan masakah menstrual

6) Sapi krim dalam mengala ke bawah untuk membantu melegakan sakit belakang dan meningkatkan stamina


Jika sesapa yang berminat sila hubungi saya melalui email : lizaramli@ymail.com

with love
liza ramli

TIPS : 10 Cara Sehat Lahir dan Batin

Salam...

saya copy n paste! untuk bacaan semua....

Ada banyak cara untuk meraih kebahagiaan, termasuk sehat jasmani dan rohani. Tapi para ahli psikologi mengungkapkan ada beberapa cara sehat untuk meraih kebahagiaan lahir batin. Apa saja?

Semua orang pasti ingin sehat lahir batin sehingga dapat terbebas dari stres dan sakit. Perasaan emosional ini tidak hanya dipengaruhi oleh gen semata, tapi banyak hal lainnya yang boleh membuat bahagia.

Kebahagiaan adalah salah satu hal yang ingin dicapai oleh semua orang, tapi tanpa disadari banyak hal yang dapat dilakukan untuk meningkatkan suasana hati tersebut.

Psikology Amerika telah menerbitkan sebuah laporan dalam jurnal The Psychological Science, yang mengungkapkan rahsia kebahagiaan dan mengelompokkannya dalam sepuluh faktor.

Selain itu, jurnal tersebut juga menunjukkan bahwa ada hal-hal kecil yang ternyata mampu menjadi kunci utama untuk merasakan kebahagiaan.

Hanya dengan kebahagiaan kecil ternyata dapat mengatasi berbagai macam penyakit dengan lebih cepat dan dapat memperpanjang waktu hidup bahkan hingga 7 tahun.

Dilansir dari GeniusBeauty, Sabtu (18/9/2010), berikut 10 faktor untuk meraih kebahagiaan yang :
  1. Berkongsi kebahagiaan dengan orang lain
  2. Menganalisa memori-memori yang menyenangkan
  3. Pujilah diri Anda sendiri
  4. Selalu berpikir positif dan berpikir bahwa Anda mampu melakukan hal dengan lebih baik
  5. Lakukan aktiviti yang Anda sukai
  6. Berpura-puralah bahagia meski sebenarnya Anda sedang tidak dalam suasana bahagia
  7. Rayakan momen besar dalam hidup Anda
  8. Jauhkan pikiran suram, ketakutan dan keraguan
  9. Katakan 'terima kasih' sesering mungkin
http://fenz-capri.blogspot.com/2010/09/10-cara-sehat-lahir-dan-batin.html

terlupe!

salam

jumaat!

hehehhe alahai camna leh lupa nak update semlm yer erk... tak per ari ni try the best, nak buat yang terbaek..

semlm :

MIL, Biras ngan saya p makan kat astaka jelutong.. berdepan jugak lah dengan klinik salehudin, sama juga berhadapan dengan caltex pam station... sedap!! apa kami makan.. ikan bawal sebesar tapak tangan saya... kari serta ulam.. best woo..

then semlm dengan tender banyak sungguh nak tutup dan di beli.. jadi parah gak laa kat sini.. senget tudung tudung.. ghee~~ dah namanyer kerja.. kalu tak kerja takder duit.. bila takder duit jadi huru hara.. adeh letih ooo

alhamdulillah selain makan gaji saya buat side income... berjalan dengan baik... ada rezki rebut peluang.. betui dak! so berusaha laa bersungguh sungguh

with love
liza ramli

7 hal penting

salam

sumber:SIM

sila enjoy bila membaca


Menjadi orangtua adalah hal yang paling penting di dunia, mengajarkan anak 7 hal penting ini akan membantu ia tumbuh besar, tangguh, mandiri dan bertanggung jawab.

1. Mencuci pakaian sendiri

Pada usia 12 tahun, anak sudah harus mampu mencuci pakaian sendiri. Ajar mereka bagaimana memilah pakaian, mencuci dengan tangan, mencuci dengan mesin cuci dan menjemur, dan menggosok dan melipat pakaiannya sendiri sampai rapi; hal ini juga penting selain ia mampu menggunakan komputer, internet dan main game online.

Jangan hanya memarahi anak yang sudah besar saat ia pulang dengan jeans dan pakaian yang kotor--mereka harus bertanggungjawab dan terlibat bagaimana mencuci jeans tersebut, bagaimana cara menghilangkan noda, tentu tidak semudah mencuci pakaian biasa.

2. Memasak yang sederhana

Ajar anak, baik lelaki maupun perempuan, cara memasak makanan sederhana. Karena manusia selalu perlu makan, keterampilan memasak pasti akan berguna kelak baginya bila tinggal jauh dari orangtua, untuk belajar maupun bekerja nantinya, atau saat ia membentuk keluarga baru dengan pasangannya. Dengan bisa masak sendiri, selain lebih hemat juga lebih sehat.

Mulailah dengan membiarkan anak merancang hendak makan apa hari ini, memberitahunya bahan-bahan masakan, belanja bersama dan biarkan ia memasak, dengan sedikit petunjuk dan bantuan anda. Ajak ia merapikan meja dan mencuci piring setelah makan. Pengalaman ini menyiapkan ia menjadi orang yang independen dan meningkatkan rasa percaya diri mereka.

3. Mempunyai Wang Saku Hasil Keringat Sendiri

Biarkan anak memiliki pekerjaan kecil yang tidak mengganggu waktu belajarnya, Seorang anak menghargai wang yang dihasilkannya sendiri dan belajar menggunakannya secara bijak. Bila ia suka berjualan untuk menambah wang saku atau memberikan les privat pelajaran, atau dengan hobby yang ditekuninya dapat menghasilkan wang, atau misalkan ia membantu mencuci kereta sehingga papa tidak perlu ke bengkel lagi, memotong rumput dan menyiram bunga sehingga mama tidak perlu bantuan tukang kebun, hal ini juga boleh diberi wang saku tambahan untuk mereka. Hal ini mengajarkan mereka tanggungjawab atas suatu pekerjaan dan mereka akan belajar standart kualiti untuk suatu pekerjaan, hasil baik dibayar baik, pelajaran memberi dan menerima.

4. Memilih teman yang baik

Pasangan pertama akan mempengaruhi seorang remaja untuk seluruh hidupnya. Itu bakal merupakan pengalaman positif atau negatif. Orangtua tidak dapat mengontrol secara detail hubungan pertemanan remaja, namun paling tidak orangtua dapat memberi contoh, untuk menghargai orang lain, toleransi pada pendapat berbeda, berpikiran terbuka dan easy-going. Saat hubungan memburuk, orangtua harus suportif dan memberikan pengertian, jadi sebagai teman untuk curahan hati, jelaskan bahwa hal demikian adalah normal di usia mereka, dan merupakan pengalaman dari perjalanan hidup manusia.

5. Mengajarkan anak tentang Kesepakatan

Remaja harus memahami fakta bahwa kompromi (kesepakatan) adalah hal yang harus dilakukan, tidak boleh menuruti kemahuan sendiri (egois) dan memaksakan kehendak kepada orang lain. Misalnya, anak ingin pergi main basketball dan jalan-jalan ke mall bersama teman-temannya di akhir minggu, dan minta diantar ke rumah temannya itu. Sedangkan anda juga ada rencana yang harus dilakukan, undangan pernikahan di malam hari yang harus dihadiri. Untuk mengakomodasi keperluan bersama, lakukan komunikasi untuk mencapai kesepakatan. Anda setuju untuk mengatarkan anak, namun si anak juga harus pulang tidak terlalu malam agar sudah di rumah sebelum anda pergi ke undangan pesta.

6. Belajar etiket sosial dan penghargaan pada siapapun

Bekali anak dengan sopan santun dan etiket sosial. Anak mencerminkan kehidupan di rumah, jadi "pendidikan" terbaik dalam hal ini adalah pada orangtua, bagaimana mereka memperlakukan pasangannya, pembantu rumah tangga, dan orang-orang di luar rumah. Contohnya, saat di restoran, saat makanan datang, dahulukan orang yang lebih tua untuk mengambil makanan terlebih dahulu (kakek/nenek/orangtua), anak-anak jangan berisik atau berteriak di tempat umum karena bisa menggangu ketenangan orang lain. Saat ada yang mengirimkan hadiah ulang tahun, jangan lupa menelepon atau mengucapkan terima kasih. Saat mengunjungi teman atau bertamu, harus berpakaian rapi dan sopan, atau membawa sedikit buah tangan, apalagi bila diundang makan/pesta, hargai bantuan orang dengan rasa terima kasih dan jangan melupakan balas budi, hargai orang-orang di sekitar kita seperti cleaning service, pembantu dan lainnya dengan respek yang setara.

7. Belajar berkawan dan memiliki komunikasi yang baik

Seseorang yang terlalu pendiam dan penyendiri, malas berkawan akan merasa tersisih. Bentuklah anak menjadi pribadi yang ramah, riang, terbuka dan selalu memikirkan orang lain terlebih dahulu, toleransi terhadap perbedaan dan menjadi orang yang dapat dipercaya, mampu memaafkan dan rendah hati. (Erabaru/ch)



with love
liza ramli

The Wiggles, Head Shoulder Knees and toes

salam...

dah ada anak ni.. ni laa yang aku layan tiap pagi... 8.00 pg kat astro 552..

hadi ngan hannah suka sgt.. bagus sgt untuk budak budak yang suka menari nari yerr.. mintak mintak diorg faham apa yg mat saleh ni cakap.. al maklum ibu dia terro sgt BI..

ok layannn..............................


with love
liza ramli

mood suram

salam

kekadang manusia ni di atas.. kekadang manusia ni di bawah...

guna akan dan fikiran...

bezakan lah yang mana buruk dan mana baik...

with love
liza ramli

nganga lg ka?

salam

dah panas camni baru nak update.. ohoiii liza..

fuh sbnrnya pagi tadi ada tutup tender so takder masa nak update. tapi yg syok nyer... biras dah isi tender siap ngan sampul.. dia keluar p tgk site... aku pulak terlupa nak suruh sepupu ku hantar!

aku pun dok godek utk benda esok nak hantar laa.. nak buat memacam laa.. serius tak ingat.. then biras pun sampai then terus kata "kak liza! tender ni tak hantar ker?" aku tergamam.. "alamak terlupa abis laa"

nasib baik suami ku penyelamat.. dia p tolong hantar kan lagi 5 minit jer nak tutup tender tu.. so bawak motor pun cam org sepenuh hati... sudah nyer adik ipar sudah nmpk.. terus tepon biras aku.. cian biras aku

tapi ending dia best! tender dapat taruk.. alhamdulillah

liza jgn nganga lgi yer!!!

with love
lizaramli

Jetfire

salam...

sabtu petang petang camni laa baru nak update blog.. dah abis buat kerja kan.. gheee

so satu lagi robot ni.... layan jer yerr

Jetfire Grew Tired Of War A Long Time Ago.The Reckless Ambition Of The DECEPTICONS,And The Senseless Violence Of Their War Sickened Him,And So He Left CYBERTRON To Go Into Hiding.The Form He Eventually Chose On Earth Seemed Appropriate For One Who Wished To Remain Unseen.He Slumbered In Peace For Years.Now,Reawakened By The Arrival Of The War On Earth,He Decides Once Again To Enter The Fight.This Time On The Side Of The Autobots And This Time To End It For Good,Whatever The Cost...









with love
liza ramli

motivasi diri

salam
jumaat yang ceria..

buat jgn berhenti! (motivasi utk diri)

hari ni saya nak pinjam kata-kata pakar motivasi dlm taipan 181- CDM Faridah Ali

"Kita boleh memilih sama ada ingin membina kekuatan berdasarkan KELEBIHAN yang kita miliki ataupun menumpukan perhatian kepada KELEMAHAN diri kita sendiri"

bila ayat ini dibaca.. terkeluar terlintas dlm kepala saya.. saya ada ke kelebihan?.. tengok perkara negetif yang muncul dahulu dari kepala saya.. mcm mana saya nak tanam kan aura positif datang dahulu? masih mencari jawapan....

kali kedua saya baca.. baru saya bersemangat sedikit... tak kira la.. latar belakang kita mcm mana.. tapi yg pasti kita tak mau duduk tahap mcm itu selamanya..

"Apabila ini pilihanku, maka aku bertanggungjaawab penuh terhadapnya. Jatuh atau bangun, berjaya atau gagal, naik atau turunnya aku dalam perniagaan ini, maka akulah yang harus bertanggungjawab. Tentu sekali aku tidak boleh menuding jari kepada sesiapapun atas apa yang berlaku kemudiannya"-CDM Faridah Ali

sungguh inilah pilihanku.. aku yg tentukan sampai mana tahap ku nanti.. jika aku masih lagi tahap yang sama bermakna aku tidak melakukan perkara dengan bersungguh-sungguh, masih tidak fokus..

hidup perlu perubahan... jika masih di takluk lama.. 10 tahun lagi kita tidak tahu nasib kita dimana nanti.... hijrah demi kebaikan perkahwinan, anak-anak dan urusan rumah tangga..

InsyaAllah

with love
liza ramli

kena yakin!

salam

bangun pagi.. bersemangat! aku boleh lakukan.... (motivasi diri sendiri)

alhamdulillah diberikan lagi peluang untuk saya menulis blog.. yg merupa kan kehidupan saya sehari harian...

pagi pagi sampai office... ternampak laa buku reader's Digest.. so selak la helaian satu persatu.... saya bukan nak cerita pasal apa dlm buku ni.. tapi saya nak cerita pasal diri saya... yup.. saya da diploma.. tapi dari dulu sampai sekarang.. salah satu ketakutan saya bila ingin berbicara dlm bahasa english...

pernah satu ketika dulu sewaktu saya pergi melancong bersama ibu dan ayah ke Australia... satu mat saleh ingin berborak ngan saya... saya jadi terkejut lalu terus tinggalkan dia terkontang kanting... (terok bukan)... heheh last last dia dtg kepada saya dan ckp " terima kasih" dlm loghat diorg la..dan tersenyum.. saya cuma tersenyum... oh liza! selalu lari sebelum org ingin bertanya.. tak ada confident langsung dlm diri!!

tapi masa membaca boleh pulak laa faham.. nak menulis saya kena ada kamus disebelah saya..

dengan itu saya perlu berubah untuk lebih berjaya... untuk lebih berkeyakinan... kita kena tolak diri kita yg sebenar... kena.. harus wajib dan penyakit M itu perlu diluputkan dlm minda saya!

with love
liza ramli

vitamin anak2

salam

saya nak bercerita ttg vitamin anak anak saya... di sebabkan hadi jenis tak lalu nak makan... saya beli laa beberapa vitamin utk dia... lagi pun semenjak dia masuk spital dulu tu... dia selalu saje di serang penyakit batuk.. selsema

nenek dia kat kl pun susah hati.. tapi alhamdulillah tgk dia dah kembali mahu makan...

so lani beli appeton jer byk...

optigrow.. untuk ketinggian...

vitamin C.. utk hadi ngan hannah.. tiap pagi .


taurine.. untuk kecergasan minda.. kat hannah bg separuh ngan hadi selang seli dengan segala vitamin dia itu


lysine.. utk kuat makan.. khas untuk hadi.. kalu untuk hannah tak mo laa nnt chomel sgt

tak salah nak berbelanja lebih utk kesihatan anak-anak.. kalu diorg sakit kita yg susah hati.. so kira ni adalah salah satu cegahan utk anak anak saya....

with love
liza ramli

Di sini bermulanya zina

salam

bila tgk video ni.. terasa cam nak marah jer...

korang layan laa...

aku tak leh laa tgk baby tepi jalan cam t u... bunuh tu!! awak membunuh!!

with love...
liza ramli

mari kita tgk!

Salam

selesa yang cemerlang.... dengar lagi cerita baru.. lagi semangat membara!. kita buat kita dapat! (motivasi utk diri saya)

saya pernah bercerita ttg hobi suami saya... so hobinya menjadi jadi bila ayah ngan anak sesama suka... alhamdulillah..

mari kita tgk transformer mana plak kali ni....

"Optimus Prime Is Under No Illusions About How Dangerous STARSCREAM Really Is.The Decepticon Second In Command Might Be A Coward,But He`s Still Smart And Powerful Enough To Present A Real Threat To Earth.The Autobot Leader Has Human And Autobot Agent Combing The Globe For Hiding Air Warrior.As Soon As They Find Him,Thou...gh,It Will Be OPTIMUS PRIME Alone Who Goes In To Bring Him Down"





with love
liza ramli

kenapa saya bersemangat

salam....

naper pagi ahad tu aku begitu bersemangat nak masak nasi kan.

aku beli periuk nasi kecik! heheheh periuk nasi yg kat rumah tu besar sgt.. masa wedding dapat periuk nasi tu... tapi sayang bila masak kerak jer byk dari nasi... last last saya beli yg kecil ni... boleh laa... janji ada... janji bersemangat nak masak.. auwww

harga dlm RM80.00.. warranty 2 tahun...





hheheh best oo dapat masak nasi dlm periuk ni.. tu yg bersemangat nak masak nasi goreng ikan bilis... ghee~~~


with love
liza ramli

cerita ahad

salam

alhamdulillah pagi isnin yang ceria.. pagi isnin membawa keberkatan.. setelah 2 hari kita bercuti... bersyukur di berikan ruang untuk merehatkan diri...

ok laa bila start hari isnin maknanya hari ahad nyer cerita la...

pagi-pagi.. liat nak bangun dari tilam... so golek -golek ngan hannah... tetiba teringan lagi sebakul baju tido hadi tak berjemur... dengan mls.. p bangun sidai baju.. alhamdulillah masa tu.. matahari ada.. so kering baju anak aku.. ghee~~~

tah naper pagi ahad tu tetiba nak masak nasi, bersemangat pulak tu... hehehhe.. jadi tgh hari tu makan nasi goreng ikan bilis bersama keropok... rezki...

so kerja ahad ni kalu tak kisah baju mmg tak sah.. betui dak!! lps tu kemas2 dapur.. buang buang sampah! nasib baik di berikan mesin basuh dan pengering sekali... senang laa skit... basuh baju.. angkat baju yg di jemuran masuk pengering.. ada laa dlm satu hari tu 3 kali pusing buat benda sama.. wanita mmg HEBAT!.. budak budak tu busan tak buat apa.. last last turunkan langsir suruh buat kerja skit la... ghee...

apa pun hari ahad mmg best utk sekeluarga.. cari laa peluang bersama keluarga walaupun hanya beberapa jam... sedar tak sedar anak aku yg sulung dah nak masuk 4 tahun pada 26.10 ni... anak no 2.. satu tahun 6 bulan.. alhamdulillah

with love
liza ramli

sabtu

salam

heheheh pagi pagi bangun terus nak tulis blog.. bukan apa semlm tak sempat nak update pun... gheee.. (ish tiap sabtu sure tertinggal laa)

ok laa apa yang menyebabkan saya tak terupdate....

1) ada aromatherapy minda di safira club yang cukup hebat! ishh sapa yg terima jemputan ku tapi tak p tu... mmg takder rezki nak dengar lagi sbb ia dah berakhir semlm dan untuk tahun ni...

2) layan anak anak pergi jejalan lps abis program.. "tangga bergerak" plak byk rosak.. kena angkat hannah.. letih nyer

3) balik umah!.. seperti biasa tanggungjawab isteri/ibu dah bermula, baju.. baju... baju.. heheheh...

so.. alasan aku ada munasabah tak? ghee~~ tapi kalu anda seorg blogger tegar!!!.. anda tidak akan ada alasan utk tidak menulis...

with love
liza ramli.

sambungan

sambungan tadi.. tadi lauk pauk.. yg ni family kami plak!! gambar kawan kawan tarak.. ghee...

maaf yer gambar kurang bersusun.. layan jer erk..

tgk hannah makan sampai ke muka ghee~~~


sedap tul laa hannah makan satay.. satay dia pun lembut jer.. sesuai utk budak budak.. hannah makan 3 ketuii

kami sekeluarga..baru lps makan...

aku nak tudung ariani lagi!! sesuai dengan ku..




hannah sblm makan tgk muka dia.....


with love...
liza ramli

kisah khamis mlm jumaat

salam jumaat...

so nak jadikan cerita... kawan kawan suami ajak p makan.. dlm sempadan perak ngan pulau pinang.. jauh tu.. lebih kurang 45minit atas jalan raya... ok laa makanan dia... yg paling syok bila ada ulam ulam..

so sila layan gambar yer

kari ikan sembilang... rasa skit jerrr


kuah asam perut

ulam dan ulaman.. tu ada terung dia bakar kot.. pergh nmpk sedap aku sambar laa.. then ada ulam raja...

saya kalu makan ulam pun.. saya takkan makan sambal belacan... sbb takut selsema.. ghee~~~

masa nak makan ni. Hadi request udang so aku ambik 3 ketul udang besar.. ada satay lagi... ada ikan bakar.. hehehe lps abis makan borak borak lps tu order lagi kopi putih..

air sekali dlm jug... laici buah ngan rosel... kami makan utk 10 org!

so ini adalah kedai nyer.... not bad laa nak makan sekeluarga

jalan jalan cari makan!!!

with love
liza ramli