bersahabat...

salam

bila kita tgk sahabat lama di FB bukan main banyak kan... koman koman laa sure lebih 3ratus kan! so sepanjang persahabatan ni terjalin korang sure ada terkecil hati.. terguris hati.. terpendam perasaan.. biasalaa dah nama nyer manusia, sure ada perkara perkara tersebut, tak banyak.. tak sikit.. ghitu laa

kekadang org kita tak kenai pun kita sambar jadi sahabat gak (dalam FB).. hehehehe.. nak berkawan sapa yang larang yer, cuma kita berhati hati sahaja la yer.. banyak kes kan keluar tv/paper.. oh peringatan utk diri sendri jugak!

dok selak selak buku INDAHNYA HIDUP BERSYARIAT nampak laa satu tajuk khas.. adab bersahabat...

"kita di tegah bersahabat dengan org yg fasiq yang sentiasa melanggar perintah Allah walaupun adakalanya dia melakukan amal ibadat"

Al-Qamah, seorang ulama masyhur dahulu kala memberi beberapa panduan kepada anaknya dalam memilih sahabat, antaranya:
  • Jika engkau meminta sesuatu bantuan daripadanya, dia akan membantu mengusahakan pertolongan itu sedaya upayanya
  • jika dia mendapat sesuatu kebajikan daripadamu, dia akan menghargainya
  • Jika engkau membuat bakti kepadanya pasti dia akan melindungimu
  • jika engkau berdua berselisih faham, dia akan mengalah untuk menjaga ikatan persahabatan itu
Sayidina Ali k.m.h pernah berkata:
" Saudaramu yang sebenar ialah orang yang sentiasa berada disisimu (ketika susah dan senang). Dia Sanggup membahayakan dirinya demi kebaikanmu, sanggup berkorban apa sahaja untuk kepentingan mu"

Sememangnya Allah SWT menegaskan betapa pentingnya dijalinkan hubungan persahabatan dengan orang-orang yang beriman, bertakwa dan berakhlak mulia yang bersama-sama menegak kalimah Allah di muka bumi ini, menyuruh manusia kepada perkara-perkara kebaikan dan melarang mereka daripada berbuat kemungkaran.

saya kalu dah bersahabat.. saya selalu bertanya pada mereka ttg parents diorg? hehehe.. dan kalu tetiba saya teringat mana mana kawan saya akan bersms.. tapi lani dah ada FB.. bg msg jer.. sekurang kurang sahabat tu tau kita masih lagi mengingatinya lagi..

so sahabat sabahat sekalian.. wah!!.. ingat mengingati, tolong-menolong, serta nasihat menasihati tu sesuatu yg saya anggap begitu mulia.. mmg pada mulanya kita akan anggap lain apabila kawan menasihati kita.. tapi bila di pikir balik kadang kadang ada munasabahnya...

akhir kata.. jaga laa adab bersahabat yer! selamat bersahabat....

with love
liza ramli

2 comments:

  1. Jom bersahabat dgn akk. Call me kak CT...jemputlah jd follower kita, nnt blh posting omen...hehhe

    ReplyDelete
  2. salam kak CT... blog kak ct mana yer.. saya klik klik tak leh pun

    ReplyDelete